Anda berada di : Halaman Utama Berita PIBG Tips menarik minat pelajar belajar

semuhsin.net

Tips menarik minat pelajar belajar

E-mail Cetak PDF

class_owlKebiasaanmya, potret pembelajaran di dalam kelas boleh digambarkan seperti berikut....seorang guru dengan kapur tulis atau pen whiteboard, pembaris, buku teks pensil dan lain-lain, berdiri di tengah-tengah kelas sambil mengajar anak muridnya. Gambaran ini sering digunakan dalam filem-filem dan mungkin terpahat di dalam minda sesetengah ibubapa.

Pembelajaran di dalam kelas selalunya terbatas dengan buku teks dan kuiz yang mungkin diselitkan sekali sekala. Kalau pelajar bernasib baik, mungkin dapat menonton video atau cerita yang kadang kalanya kurang menarik atau sudah ditonoton oleh sebilangan pelajar di Astro. Lawatan sambil belajar..... lupakan sahajalah. Bila masa ujian, kandungan kertas ujian pun kadang-kadang hasil fotostat kertas ujian lama yang agak usang sehinggakan ada bahagian-bahagian yang kurang jelas sehinggakan ada pelajar yang merungut tidak dapat membacanya.

Ini semua mungkin cerita lama yang mungkin masih lagi berlaku atau pun tidak, di sekolah zaman sekarang. Masa dahulu, tidak ada Internet. Jadi bolehlah kita terima alasan tidak mempunyai cukup sumber maklumat untuk menjana idea yang mampu menggerakkan minda pelajar. Tetapi tidak lagi sekarang. Internet menawarkan berbagai maklumat yang boleh membantu ibubapa dan guru untuk menjana idea yang mampu menarik minat pelajar.

Berikut adalah beberapa tips:-

  1. Sebelum memulakan kelas, apa kata hiaskan suasana kelas mengikut tajuk tersebut. Contohnya, gantungkan poster-poster besar Bapa Kemerdekaan kita bila mengajar tentang sejarah kemerdekaan.
  2. Sediakan sesuatu yang menarik berkenaan sesuatu topik yang mampu dibawa balik oleh pelajar ke rumah. Contohnya warnakan lukisan, penyelesaian cerita misteri dan lain-lain.
  3. Kalau boleh, dapatkan DVD atau CD yang berkaitan dengan tajuk atau topik yang hendak diajar. Gunakan teknologi audio dan video kerana ianya memang terbukti menarik.
  4. Tetapkan satu masa, contohnya setiap hari Khamis, di mana pelajar-pelajar akan bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Contohnya penyelesaian masalah, karangan, lakonan drama pendek dan sebagainya yang ada kena mengena dengan topik pelajaran. Ini dapat membantu pelajar ingat apa yang dibelajar.
  5. Kita mungkin boleh menjemput seseorang dari luar sekolah untuk memberi sedikit penerangan yang berkaitan dengan topik yang diajar. Gunakan maklumat latar belakang ibubapa pelajar dan PIBG untuk mendapatkan penglibatan ibubapa. Ini juga akan membantu pelajar mengingati apa yang dipelajari.
  6. Bincang dengan guru-guru kelas lain. Mungkin mereka juga berminat untuk sama-sama turut serta atau membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
  7. Selalu ambil kisah tentang acara tempatan yang berlaku di sekeliling sekolah kita. Contonhya, anda mungkin sedang mengajar mengenai haiwan dan kebetulan pihak Zoo sedang mengadakan hari masuk percuma.
  8. Selalu juga perhatikan jualan murah yang mungkin dapat membantu kita membeli peralatan pembelajaran yang berkaitan dengan topik pada kadar yang murah.
  9. Beritahu atau berkomunikasi dengan ibubapa atau guru bagaimana anda boleh gunakan sumber atau input dari mereka.
  10. Lawati forum online atau lama sosial yang dapat membantu kita bertukar-tukar fikiran untuk kebaikan bersama.