Tarikh Peperiksaan 2 ,Trial & PT3
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Jumaat, 15 Ogos 2014 23:38

TARIKH-TARIKH PENTING PEPERIKSAAN

Untuk Makluman ibubapa ,pelajar dan seluruh warga SEMUHSIN berikut adalah tarikh-tarikh penting 
peperiksaaan yang akan dijalankan dalam masa terdekat di SMK Engku Husian

TARIKH JENIS PEPERIKSAAN KELAS TERLIBAT
18.8.14 - 9.9.14 Peperiksaan Percubaan SPM  Tingkatan 5
18.8.14 - 25.8.14 Setara 2 Tingkatan 4
25.8.14 - 28.8.14 Peperiksaan Percubaan PT3 Tingkatan 3
 
Untuk Keterangan lebih lanjut sila rujuk jadual yang telah diedar kepada para pelajar
Terima Kasih harap maklum
 
PT3: Ujian lisan dan Bertutur BM dan BI
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Isnin, 11 Ogos 2014 00:02

PT3 2014 : UJIAN LISAN DAN BERTUTUR BAHASA MELAYU

DAN BAHASA INGGERIS

UNTUK MAKLUMAN IBU BAPA DAN JUGA PERHATIAN KEPADA CALON-CALON PT3 2014

Ujian LISAN BERTUTUR PT3 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan mulai 11 Ogos hingga 21 Ogos

Ujian MENDENGAR Bahasa Melayu akan diadakan pada 12 Ogos dan Manakala Ujian MENDENGAR Bahasa Inggeris akan diadakan pada 13 Ogos..Ujian ini akan dijalankan dari pukul 7.30 -1.00 di Dewan SEMUHSIN.

Calon-calon PT3 boleh merujuk jadual di papan kenyataan di Blok E

Harap maklum

 
Kempen Sifar Ponteng Sekolah
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Ahad, 10 Ogos 2014 00:14

KEMPEN SIFAR PONTENG SEKOLAH 

Untuk Perhatian Seluruh Warga SEMUHSIN khususnya pelajar dan ibu bapa

Berikutan dengan masalah kemerosotan peratus kehadiran murid ke sekolah, pihak sekolah akan menjalankan
KEMPEN  SIFAR PONTENG. kempen ini akan mula dilaksanakan pada minggu depan.
Berikut adalah bagaimana kempen ini akan dijalankan:
  1. Mengenakan mata panelti, setiap hari ponteng murid akan diberi 3 mata, sekiranya mata panelti mencapai 40 markah, murid akn digantung persekolahan.
  2. Murid yang ponteng akan dipanggil setiap hari dan akan dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk menjalani kelas tahanan. Murid akan diberi tugasan menyiapkan karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dipantau oleh kaunselor. Murid hanya dibenarkan ke Kelas setelah selesai melaksanakan tugasan yang diberi.
       Harap Maklum

 
HARI RUNDING CARA 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Rabu, 09 Julai 2014 08:30

HARI RUNDING CARA DAN AKU JANJI KECEMERLANGAN MURID 2014

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA SMK ENGKU HUSAIN

Untuk makluman bahawa pihak sekolah akan mengadakan
HARI RUNDING CARA DAN AKU JANJI KECEMERLANGAN MURID PADA KETETAPAN BERIKUT:

                         TARIKH :   11 JULAI 2014

                        HARI      :   JUMAAT

MASA            KUMPULAN SASARAN
8.00.9.45
Semua murid Tingkatan 5
bersama ibubapa masing di Dewan
10.00-12.30
semua murid Tingkatan 5 dan
tingkatan 4 bersama ibubapa
 di kelas masing-masing

Untuk perhatian,
Murid dibenarkan pulang bersama ibubapa setelah selesai
berurusan dengan guru kelas masing-masing
 
MAKLUMAN JADUAL DI BULAN RAMADAN
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Isnin, 30 Jun 2014 12:14
MAKLUMAN PERUBAHAN MASA PERSEKOLAHAN
BAGI SESI PAGI DAN PETANG
SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan puasa ini,jadual persekolahan bagi sesi pagi dan sesi petang seperti berikut:
Tarikh           ;  Sepanjang Bulan Ramadhan (Puasa)
SESI  Pagi    :  07.30 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Petang :  12.35 tengahari -05.30 petang ( Isnin - khamis )
Sekian , terima kasih
 
«MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat»

muka 6 dari 31