Last day of school 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Selasa, 18 November 2014 20:20
PERHATIAN KEPADA WARGA SEMUHSIN
Hari Jumaat bersamaan dengan. 21/11/2014 adalah hari akhir persekolahan bagi tahun 2014.
Semua guru dan murid sesi petang diminta hadir pada sesi pagi.Sekian harap maklum.

PADA HARI YANG SAMA JUGA

Penyerahan pelaporan PBS untuk murid tingkatan 3 akan diadakan pada :
Tarikh : 21/11/2014
Hari. : Jumaat
Masa. : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Blok A.
Semua murid tingkatan 3 diminta hadir untuk menerima pelaporan PBS.

SEKIAN TERIMA KASIH.

 
Jamuan Akhir Tahun 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Selasa, 11 November 2014 12:04

posting

bsara

PENUTUP TIRAI 2014

Semuanya untuk dikenang di sini.. Kenangan manis dan kenangan sedih juga disini

Persaraan Mr.Sue Teck Hua
Perpisahan Pn.Norisah, Pn Kharil Bahriah & Pn Surane Afizan
Pulang ke kampung halaman masing-masing
dan
Anugerah Pengetua kepada Guru yang Cemerlang 2014
Terima Kasih
 
Majlis Restu SPM 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Sabtu, 01 November 2014 16:19

MAJLIS RESTU DAN SOLAT HAJAT SPM 2014

solat hajat penceramah

restu

SOLAT HAJAT DAN MAJLIS RESTU UNTUK CALON SPM 2014

Pada 31/10/2014 bersamaan hari Jumaat pihak sekolah telah mengadakan solat Hajat dan juga bacaan Yassin untuk memohon keberkatan dan dipermudahan segala urusan bagi calon-calon SPM 2014.Acara ini di adakan di Surau Al-Faizin, SMK Engku Husain. Semenyih.Dalam majlis tersebut Yang Berbahgia Tuan YDP PIBG En. Kamaruddin b Haji Muhammad juga turut serta memberi kata-kata semangat perjuangan untuk menghadapi SPM yang akan bermula pada hari Isnin ini. Bagi pelajar bukan beragama Islam pula mereka jada Acara motivasi yang diadakan di Tapak Perhimpunan.

Pada hari yang sama, selepas rehat diadakan majlis Restu dan penyampaian alat tulis kepada calon-calon SPM 2014. Sumbangan Alat tulis adalah dari YB DATUK HJ.JOHAN B ABD. AZIZ,ADUN SEMENYIH. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM. SEMOGA BERJAYA..!!

 
MENJELANG SPM 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Isnin, 27 Oktober 2014 23:35

spm14

Menjelangkanya peperiksaan SPM 2014 yang tinggal hanya beberpa hari lagi pihak sekolah telah merancang beberapa persiapan
bagi melancarkan segala urusan yang berkaitan. antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah :          
30.10.2014 (Khamis)
  • Penyusunan  kerusi meja calon SPM 2014.Semua calon diwajib hadir
31.10.2014
(Jumaat)
  • Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat bertempat di Surai Al-Faizin. Majlis bermula dari pukul 7.30 hingga 9.30 pagi
  • Majlis Restu , Penyampaian sumbangan alat tulis dan Pengagihan slip peperiksaan. Majlis diadakan di tapak perhimpunan dari pukul 10.00 - 12.30
3.11.2014
(Isnin)
  • Peperiksaan SPM bermula.Hari pertama Bahasa Melayu kertas 1: 8.00 pagi - 10.15
  • Pelajar diingatkan berada di sekolah setengah jam lebih awal

http://gg.gg/kelaswajibhadir ( Jadual Kelas yang wajib hadir dan yang direhatkan semasa peperiksaan SPM bermula.)

http://gg.gg/jadualSPM2014 ( Jadual SPM 2014)

 
GRADUASI 2014
Berita
Ditulis oleh ija abdul   
Khamis, 16 Oktober 2014 23:14

MAJLIS GRADUASI SEMUHSIN 2014

Majlis Graduasi 2014 akan diadakan pada tetapan berikut:
Tempat : DEWAN SEMUHSIN GEMILANG
Tarikh : 18/10/2014 (Sabtu)
Minta perhatian kepada semua pelajar yang terlibat supaya berada lebih awal di sekolah iaitu 7.30 dan mengikut ketetapan etika pemakaian yang ditetapkan
 
«MulaSblm12345678910SeterusnyaTamat»

muka 4 dari 31